Sunday, January 23, 2011

Hermes - Tale ╰☆╮- The Merchant Daughter

Hermes - Tale ╰☆╮- The Merchant Daughteroh how I adore this brand ╰☆╮
Posted on 11:37 PM / 0 comments / Read More

Muka tanpa make-up memang selekeh tapi nak buat macam mana, memang dah tak natural beauty.

Assalamualaikum

Aku kan selalu tau dapat soalan kat FS yang berkenaan dengan make up. Antara soalan yang mencuri perhatian aku yang tak berapa suka bagi perhatian masa cekgu ngajar adalah


'Mesti penat jadi you ni, sebab you tak boleh idop tanpa make up kan?'

(ayat diolah semula agar hadirin sekalian dapat menghayati intipati kandungan ayat ini)


Teeetttttt. Der der der leklu der. Leklu. Wa bukan rcw, jauh sekali sitinurhaliza. Wa ni FL jerr. FL dok bandung je kot. Bukan bandung sangat la, kat pekan kecik nama jatinangor. Hari-hari wa g kedai nek moto je pon. Paling wa nek kete a kalau pegi kelas sebab nak hangkut si farah & ema skali.


Jatinangor apa ada. Hari-hari wa makan makanan dorongan tepi jalan je. Murah. Walaupun dah dinasihatkan banyak kali oleh pihak Mara supaya jangan makan tepi jalan sebab nanti kena diarrhea, hepatitis dan sebagainya tapi wa buat tak endah je. Sebenarnya wa cuak jugak tapi apalah sangat pilihan yang wa ada kan. Tapi wa hepi kat sini.


Hari-hari wa pakai selekeh je. Pa'kal je takleh pakai sipa jepun gi kelas, kalau tak memang haus a tapak sipa jepun wa sebab kegunaan tahap maksima. Bak kate orang melayu 'Alah membeli menang memakai'. Kadang-kadang wa pakai baju tido jer pegi kelas. Tapi wa pakai dengan cardigan la kan. Shawl2 jadah ni suma memang wa malas nak sentuh. Wa pakai syria je. Tu pon asek rotate je syria yang sama. Matching ke tak lain cite, yang penting wa takyah nak melorat gosok tudung pepagi buta.


Make up? Toksah buat keje gile. Wa pegi kelas memang makeup-free. Selekeh tapi senang nak semayang. Lepas semayang capai tudung teros blah. Dalam kelas kang wa pakai le moisturizer kalau ingat. Alah pergi kelas je pon, buat apa nak makeup ni. Tujuan wa gi kelas pon sebab nak belajar semata. Kalau ada event baru la pakai makeup kan. Dulu wa rajen gak a pakai lens pegi kelas sebab spec wa ni macam longgar sikit. Suka je melorot. Tau a idong wa asian type, sedih a camni. Tapi baru-baru ni, memang wa pakai spec je. Wa sedar bro muka wa tak hot langsung kalau pakai spec. Tapi sebab malas punya pasal, wa sanggup jadi tak hot.



 gambar ni aku amek tadi. yes, aku ada kelas pada hari ahad. 


 makanan rutin di tepi jalan. nilah kehidupan aku yang sederhana kat jatinangor.


 pegi sekolah pakai bese2 je. riben tu aku men2 je letak situ. tempat asal bukan disitu.


 kalau aku dapat hidayah kadang-kadang aku gosok shawl & baju kurung.


bila tudung syria aku suma basuh, bese aku pakai shawl yang tak payah gosok.


ni la spec aku yang suke melorot tak tentu hala tu


Tu la aku. Aku ni macam ada 2 kehidupan tau. Kat bandung, memang aku dok sini untuk study jer. Aktiviti harian aku pon memang melambangkan ciri-ciri seorang pelajar. Once in a while, ada jugak aku treat diri sendiri dengan pergi makan makanan mahal kat bandung bersama kengkawan. If not, aku rempit beli makanan jalanan jer. Lepas stress belajar & exam suma. Aku akan balik mesia & balancekan kehidupan aku dengan melakukan aktiviti yang aku minat. Yup photoshoot & bersosial. Masa photoshoot baru aku pakai baju yang lawa sikit, aku akan pakai make up semua & post gambar kat blog. Lepas habis cuti, aku akan kembali ke rutin asal sebagai seorang student.


Aku tak kisah pon kalau korang nak kata, alah bukan lawa sangat pon FL tu without make up. Aku siyes takde hal nak tunjuk gambar aku yang 'biasa-biasa' kat korang. Sebab kalau aku upload suma gambar aku yang meletop2, korang akan set in mind yang FL seorang yang lawa nak mampos omjayyy. Kang bila ko terjumpa aku kat memane ke, and find out yang aku tak secantik dalam gambar, konfem aku kena kutuk. Betol? So aku rather tunjuk korang aku yang sebenar macam mana. Tak kesah la cantik ke tak. I am just grateful to be who I am. Cantik ke tak tu anugerah Allah kan. Sapelah kita ni nak judge/bising2 kalao orang tu cantik atau tak kan.



p/s: Dalam hidup ni kite kena korbankan banyak benda untuk capai sesuatu. Nak ilmu, tak sempat nak pakai cantik-cantik. Nak cantik sentiasa, takde masa nak kejar ilmu pulak. Nak pandai kena study lebih, tapi eyebag setimbun. Taknak eyebag setimbun kena tidur banyak, tapi tak pandai. Nampak tak? Itulah kehidupan =) Peduli kata orang, yang penting kita tau keutamaan kita apa.

Thank you for reading this entry !
Posted on 6:33 AM / 0 comments / Read More

Saturday, January 22, 2011

Zaquan Adha & Ayu Raudhah awwww sho shweeet

Assalamualaikum


Dulu kan, aku tak pernah suka atau syok kat laki melayu ( i mean celebrity la). Peh ayat nak bongkak ini pompuan teehee. Taste aku memula jepun-jepun, then korea-korea lepas tu aku beralih arah suka kat omputih. Laki yang bagi aku hot stuff dulu adalah Ashton Kutcher. Sebab muka die encem pastu body dia smokin' hot. Dude siyeslah aku tertarik kat laki yang body die lawa hehe. Tapi xmola ketak-ketak macam sazali bina badan tu. Tu dah over ok. Aku tengok dia aku yang ketaq lutut ang tau.


Namun, entah dimana silapnya, pada suatu hari, aku ternampak Zaquan Adha secara live di kedai ghoti canai area semban. Masa tu aku datang breakfast dengan family. Aku bukan layan pon liga super kejadah ni, so aku tak kenal pon si zaquan ni. Tapi aku macam familiar sebab dulu aku ingat dak zaquan ni pernah main tok team mesia lawan myteam dulu.


Lepas terjumpa dia tu memangla aku minat kat dia haha! Suka gila aku kat dia ni. First time tu aku minat laki melayu. Orang lain sibuk dok nganjeng aku sebab aku minat kat dia tapi apa ada hal. Best apa perasaan meminati lelaki kachak ni. Rasa dunia ni sungguh comel! Dulu aku kalo bosan-bosan, aku akan google pasal dia hahahaha. Lepas dah tau satu fakta menarik pasal dia, nanti aku gembira. Cis sungguh naive!


Dan sekarang Zaquan dah kawin dengan gf dia Ayu~~ Sangat cantik wedding dorang ni! Aku suka giler tang pelamin masa malam berinai & resepsi tu. Sangat angelic & suci & all those good stuff hehe. Dah la sama-sama cantik sama-sama hensem. Ditambah pula duit dak zaquan ni memang banyak. Memang masyuk a wedding dorang ni. Dunia sekarang ni, asal ada duit, semua boleh jalan.



bersama kyky the monkey. comel gila depa ni dah mcm artis hollywood dah hee


menangis tengok pelamin yang maha cantik ini !


tak biasa pulak tengok zaquan rambut tak spike.


Photography team sangat smart. Skin tone nampak sangat flawless.Plus ayu sangat cantek! Suka tengok dia senyum heee...


inilah pelamin malam berinai yang aku suka gilerrrr tuuu omjayyy!


Tengok zaquan kawen, aku pulak yang rasa nak kawen. Ah paling pon lagi 5 taon baru aku dapat kawen. Lameeenyewww nyampahhhh. Hehe mintak-mintak aku dijodohkan dengan lelaki yang tinggi imannya, akhlaknya, budi bahasanya, & hartanya. Apepon, tahniah buat pasangan mempelai ini. Semoga melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh kesabaran & tolak ansur. Eh betul ke ayat aku ni? Layankan je aa hee. Yang penting suka gile tengok dak Zaquan & Ayu ni. Best kan bercinta pastu teros kawen. Dapat hidup dengan orang yang kita sayang. Jeles I tau =)


Lepas ni takleh ah aku dok terkinja-kinja kat dak zaquan ni. Dah jadi laki orang. Takmau aku kena cop bukan-bukan. Aku kena set target baru nih *dahi kerut* kahkahkah (ketawa berdekah-dekah)

p/s: pictures from official photography team Piccalasso
p/s/s: tengok zaquan bela kyky, aku rasa macam nak bela aligator lah. cukup rare tak?


Thank you for reading this entry !
Posted on 6:44 AM / 0 comments / Read More

Eh aku ke tu yang kua metro 18/1/2011?

Assalamualaikum


Pada suatu petang yang hening, sewaktu aku tengah mengunyah permen (permen tu means gule2 dalam bahasa indon) sambil berborak kencang bersama teman-teman sekelas, aku diterperanjatkan oleh suara Ema yang nyaring bak halilintar.

Sambil menunjukkan screen blackberrynya yang semakin lusuh dimamah usia, dia berkata ' Tin, sejak bila kau jadi cover cerpen dalam sokkabau Metro ni?????'



Bukan main lagi, siap tambah air mata =') padahal gambar ori takde airmata pon.



Time kasih kat AteynBella yang sudi tag gambar ni kat FB aku. Sudahlah begitu, dia juga buat entry pasal ni. Siap tindankan gambau ori sebelah gambau illustration youu. Ibarat macam main game 'Spot The Difference'. Haha!


Aku ingat malas la nak kecoh tapi ramai pulak yang perasan & tanya pasal illustration ni kat FS aku. So terpaksalah aku buat press conference & mengaku gambar tu gambar aku LOL (statement bajet apekah!) Tapi aku taktau pon sapa punye keje yang illustrate gambar aku ni. Kalau aku tau memang aku mintak duit royalti la kan. Boleh la aku beli perhiasaan royal selangor buat adiah besday mak aku hehe


p/s: jiwa-jiwa yang bergurindam. adekah jiwa aku tengah bergurindam sekarang? omjayyy ! ROTFLMAO

Thank you for reading this entry !
Posted on 1:17 AM / 0 comments / Read More

Tuesday, January 18, 2011

Dian Pelangi's Wedding : Resepsi Pernikahan


 Wedding reception was held at night on the same day and date.  
Dian Pelangi wearing a Palembang traditional wedding gown with a touch of white color.
We had changed clothes with a lighter color, half of us wear bright pink and half orange.

Do not forget to also present my lovely Hijabers, they wore distinctive Muslim dress "kaftan" with a touch of smokey eyes their eyes ... the atmosphere is like in the middle east.

I took this picture from Sendy
Thank you dear Sendy, you have taken our pictures.

*Do not copy paste this photo*
copyright itsme.Lulu Blog
Posted on 10:13 AM / 0 comments / Read More

Dian Pelangi's Wedding

"The wedding of Dian Pelangi at Hotel Indonesia Kempinski".

Mrs. Fifi Alvianto, Mrs. Hanna Faridl and friends from Hijabers Community
(Click images for larger view)

Photographer : Fifi & Husband
Digital Imaging : Mrs. Fifi Alvianto

Not allowed to copy & paste photos.
Copyright of Hijab Scarf Blog.
Posted on 2:44 AM / 0 comments / Read More

Dian Pelangi's Wedding

"The wedding of Dian Pelangi at Hotel Indonesia Kempinski".

Mrs. Fifi Alvianto, Mrs. Hanna Faridl and friends from Hijabers Community
(Click images for larger view)

Photographer : Fifi & Husband
Digital Imaging : Mrs. Fifi Alvianto

Not allowed to copy & paste photos.
Copyright of Hijab Scarf Blog.
Posted on 2:44 AM / 0 comments / Read More
 
Copyright © 2011. Hijab Trade Fashion . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Hijab Trade Fashion | Hijab Fashion | Hijab Tutorial | Hijab Style Inspiration