Salam semua :)
Ape khabar kawan-kawan ? mesti baik-baik kan sebab korang tengah cuti. cis. Yakni aku berada dalam keadaan jeles yang amat sangat kerana langsung takde cuti untuk CNY. Tapi takpe semalam hari jumaat aku tak pegang buku langsung hehe gembire pulak. Seperti diam-diam ubi berisi, aku telah senyap-senyap mengisytiharkan hari jumaat adalah hari malas sedunia tidak kira pangkat, umur dan darjat :)
Untuk pengetahuan umum, aku merupakan seseorang yang mempunyai tahap allergy yang tinggi terhadap camera. Entah kenapa, kalau nampak orang tangkap gambar je mesti aku akan lari laju laju sambil melaungkan kalimat 'Tunggu tunggu nak jugak nak jugak !!! " Walaupun setiap kali pon orang lain akan mendengus dan cakap 'isy seboklah die ni' hehe tapi tak kesah yang penting ade gambar aku hehe...
Mungkin disebabkan selalu sangat bergambar maka aku sering dihantui masalah kehabisan gaya. Aku berasa tertekan disebabkan hal ini. Hahahaha.... oleh itu, aku sering memaparkan aksi-aksi yang pelik ketika bergambar. Aku tau memang tak cantik dan seperti tiada arah tujuan tapi entahlah aku pikir kalau buruk boleh delete. Tapi disebabkan ratio buruk lagi banyak dari yang tak buruk maka aku pon malas nak delete :')
Bertimbun sudah gambar yang buruk dan tiada motif dalam hp aku. Haisy. Mari kita layankan.



Tamat sudah perbincangan kita hari ini! Hee aku kan nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada para bloggers yang sudi datang menjenguk blog honey koyuki ni ! Sesungguhnya aku amat terharu membaca msg dan comment2 yang anda semua tinggalkan kat FB mahupun di blog ini :) Walaupun begitu, aku mengalami kekangan masa untuk me-reply semua msg & comment. Maka minta maaf banyak-banyak! Terima kasih juga kepada bloggers yang follow blog ini! Baru-baru ini makin ramai pulak yang follow. Walaupun tak ramai mane T_T tapi aku bersyukur & of course gmbira ! Anyway mintak tolong anda semua terus membaca blog honey koyuki dan mendoakan kesejahteraan hidup guee yang penuh pancaroba ini :) amin.
0 comments:
Post a Comment