Hi assalamualaikum semua !
Sabtu & Ahad yang lepas, kitorang ada kelas ZT dengan Dr Zarina yang diterbangkan khas dari UKM. I enjoyed her class much. She is such an inspiration to me ;) Anyway, disebabkan puasa nak dekat, so kitorang ni sebok2 la nak pergi makan makanan hebat-hebat di bandung, before ramadhan menjelma kan. Konon takut kempunanlah hehe. So, last saturday, right after ZT class ended, kitorang ahli tuto 5 cvs pon bergerak ke Bandung, specifically ke Paris Van Java. Ha kitorang panggil PVJ je. PVJ ni adelah tempat paling class la kat Bandung ni. Ada boutique macam MNG, GUESS, AIGNER, BALLY, MARKS & SPENCER and so forth. Tapi kitorang datang sini bukan nak shopping, tapi nak pergi makan dekat THE DUCK KING RESTAURANT. Sedap dia tak terhingga weyh. Nak menangis aku makan kat sini. Jom layan gambar zasss!!
Walaupon skang dah masuk system respi & aku bukanlah ahli kumpulan ini lagi tapi disebabkan bonding yang kuat, kitorang still pegi makan sesame hee :)
Selalu aku asek ber-experiment dengan style fashion yang sama je kan. Jadi apa kata kali ni kita try VINTAGE dress pulak hee. I soooo love this!
Inside the Duck King Restaurant ! Tempat dah la lawa, makanan sedap, layanan tiptop pehhhhh
Selepas bergaduh-gaduh pilih menu dengan 9 orang manusia lahap ini, akhirnya kami mendapat kata sepakat ! Susah betol la nak bermusyawarah dengan depa ni, yalah masing masing perot macam ikan piranha kan kehkeh *termasuk yang tengah type ni*
Nasi hainan, 1 ekor Itik Panggang, 2 ekor Ikan Gurame Saus Thai, Spicy Cha Siew Chicken & Mix Vege Curry !! 10 minit je wey. LICIN ! Sebijik macam refugee kat Africa yang dapat bantuan kemanusiaan tu.
3 ekor piranha makan banyak nak mampos tapi bayar same rate. Camni arrr camni arr -____-
Menu utama yang berharga RP 208k / RM 73 satu pinggan. Same dengan beli ayam penyet 30 pinggan kau tau tak.
Amek kau. RP 700k sekali makan. Boleh beli ipod sebijik -____- Takpe nasib baik kau sedap.
Lepas perut kenyang, haruslah jalan-jalan hee ~
Sempat juga sign petition Against Human Trafficking Campaign di Body Shop :)
Berlenggang-kangkung ke counter-counter make up. Asalnya kawan kirim beli compact powder di NYX, akhirnya ter-make over secara tidak sengaja hee. Gambar kat atas ni bukan main serius lagi tengah explain kat NYX babe ni bout my colour preference !
Before : Excited kau kan. Mentang-mentang free. Yoshhh NYX babe, I'm soo ready!
After : Tadaaaa !! Ok x kwn-kwn? Smokey eyes tu buat mata jadi lagi besar ;)
Tapi tetap tak boleh kalahkan keBESARAN mata pipah -____-
But at least, dapat kalahkan mata nani hahahaha :p amoi cantek bertudung melah xmau malah-malah ah.
Tangkap gambar banyak kali sebab perasan macam cantik sikit lepas make over :p
Ok sapa nak pakai model bergigi besi boleh kolling-kolling :p
Mengacau ema yang sedang di make-overkan di Anna Sui. Anyway, sukalah perfume Anna Sui's Rock Me !!! Bagus betol promoter tu, habis die sembur satu badan aku wkwkwkwkwkwkwkwk. Saje je pancing die buat-buat macam berminat, padahal bukan aku nak beli pon. Mane ade duet hahahaha. Tipah tertipu la engko.
Sukeeeeeeeee :)))) beli pakai duit sendiri tau! Rasa terharu sobs sobs. Benda ke-3 mahal aku beli dengan duit sendiri. Benda yang paling mahal ialah buat braces (rp6.1 juta), 2nd beli BB (rp4.2juta) & 3rd beli watch ni (rp1.1juta = rm388 selepas discount 20%). Aku tau jam korang lagi hebat hebat belaka & lagi mahal kalau nak dibandingkan ngan jam aku ni kan, tapi takpalah ..yang penting aku beli ngan titik peluh aku sendiri and tak nyusahkan parents aku hee
Lepas beli jam, pegi sini nak cari purse. Tapi design bosan. Dah la mahal -____-
Akhirnya asek tangkap gambaq sendiri di cermin je setiap kali masuk boutique mahal-mahal. Bilalah aku nak merasa masuk boutique mahal-mahal & grab je apa yang aku nak tanpa tengok tanda harga. Penatlah tenung price tag lagi lama dari tenung barang tu. Agak-agak siti nurhaliza beli barang tengok price tag tak -_____- ?
Oh ya, bagi Vintage-lover, mesti korang tanyekan, mana nak cari vintage dress yang lawa-lawa. Aku ada tau satu blogshop ni, vintage collection dia memang superb. Dah lah variety of choices, harga murah pastu service memang memuaskan. Owner dia pon friendly bebb. Pokoknye, korang mesti puas hati la kalau shopping kat bloshop ni :)! Serius wa tak tipu. Dress yang aku pakai kat atas ni pon, dari blogshop tu. Unik kan? For those yang tak pernah try vintage fashion (macam aku), boleh la try hee. Vintage ni tak sexy & die menutup aurat sebab mostly dress die labuh & longsleeve. Memang sesuailah for those yang nak high-fashion tapi bercirikan muslimah sejati. Oh ya, kalau tak minat Vintage, blogshop ni pon ada jual baju tak vintage yang lawa-lawa. Comel je dress-dress yang die jual. Yang penting, affordable beb. Fatin Liyana supports SunnySide Up Closet !!! Ape lagi, mari kita serbu blogshop ni !
0 comments:
Post a Comment