Assalamualaikum !
Aku suka sangat tangkap gambar hehe..walaupun aku ni pakai braces, walaupun aku ni tak pandai posing, walaupun aku ni pipi tembam, walaupun ( sila nyatakan 3 hingga 4 kelemahan lain ) namun aku tegar dan tetap berdiri utuh di hadapan camera dslr tanpa rasa sedikit gentar pun. Pehh ayat macam good-good jer kan....hahaha :)
Aku sebenarnya bersyukur sangat2 sebab setiap kali balik Mesia, mesti ada la aktiviti menarik yang aku buat hehe dalam erti kata lain photoshoot la kan. Entahlah aku taktau pesal apa aku suka benau dengan photoshoot ni. Tapi aku suka la hehe..terima kasih para photoG yang sudi amek gambar aku selama ni. Walaupun noob habis tapi photoG layankan jerla aku ni kann :)
Tapi kan, ada satu benda yang aku belum try lagi. Photoshoot dalam studio. Macam gempak jer kan sebab lighting cam best hehe..bese outing photoshoot aku outdoor, memang la berhogeh panas nak mamp rasa macam nak maki jer sape-sape tanpa belas kasihan. Rasa macam bila-bila masa boleh kena heart attack. Okay over pulak kaw kan. Orang dah bawak photoshoot dah kira bagus okay?? Hee sorry-sorry.. Disebabkan keinginan yang mendalam terhadap photoshoot dalam studio, maka baru-baru ini aku telah pergi ke Jonas Studio. Kat bandung ni ada studio yang memang best la kan, kiranya dia snapkan gambar & editkan ikut template-template yang korang pilih :) Korang tinggal sediakan uangnya ajah sihhh! Comel gila aku rasa macam nak jadi gila pulak sebab template dia suma comel gila !
suka yang ini ^____^ !
patutnya besarkan mata sikit -___-
belajar buat pose ni masa photoshoot di taman botani, putrajaya :) tq photoGs sebab ajar kite!
>
pehh pipi tembam aku bukan main kepalang lagi..
Final editing. Lawa kan?? Jonas memang pandai edit guna template comel-comel ni :) Aku suka gila sebab tu sampai terkeluar gambar ni dari frame blog aku wakakakaka. Suka gila punya pasal kannn ! Anyway, gambar ni Jonas print out kan dalam bentuk canvas block. Hehe aku dah gantung block ni kat bedroom. Sangat omey2 hehe..
Dari tadi aku asek tengok je gambar ni sebab suka sangat haha..rasa macam nak pergi Jonas studio je setiap masa! Kan best kalau tokey Jonas Studio tu member aku, boleh aku mintak free jer. Aku tak sukalah kena bayar-bayar ni, bukan apa membazirkan tu kan amalan syaitan haha....pandai jer aku ni kan teehee :p
p/s: ada photoG nak ajak photoshoot dalam studio? sy mahuuuu !! ;) yang penting free hehe
Thank you for reading this entry !
0 comments:
Post a Comment