Assalamualaikum =)
Hari ni aku nak cerita pasal hal orang pompuan teehee. Bukan nak bergossip bukan nak bersembang kencang, cuma nak berkongsi-kongsi untuk kegembiraan bersama. Macam biasalah, soalan yang saling tak tumpah yang sering diajukan ke muka aku secara bertubi-tubi adalah seperti, FL selalu beli shawl kat mana? lawa!
Sebenarnya aku ni membeli barang merata-rata. Aku tak pernah specify tempat aku selalu shopping kat mana. Yang penting, lawa di mata, cantik di hati. Ok sebenarnya cantik di mata, lawa di hati pon boleh, mana-mana jelah sebab maksud dia sama =') Jadi hari ni aku nak share satu blogshop yang menjual shawl unik2 dengan harga yang berpatutan!
LustfulLuv Blogshop ! Banyak shawl yang lawa-lawa ada kat sini. Harga pon amat berpatutan! Sila jenguk ye rakan-rakan! Jenguk tak kena bayar pon hehe.
Kalau aku la kan, aku beli barang bukan tengok kedai, tapi tengok barang dia. Sebab bila kita pakai, orang bukan tau kita beli kat mana betul? Yang penting kalau barang baik, terus angkat je hee. Kat LustfulLuv ni banyak juga shawl yang aku tengok rare/exclusive. Ada satu tu shawl ala-ala Ariani punya. Ariani jual rm100, depa juai baru rm19. Murah la oi! Again, its not about the brand that matters.
Contoh FL pakai shawl-shawl dari LustfulLuv :)
menutupi dada & labuh. cantik!
2 crumple shawls dipakai sekaligus sebab tamak haloba :')
crumple shawl dipakai dengan inner cotton :)
ini adalah crumple shawl yang dipakai begitu sahaja. bulat omjayy!
Kenapa FL asek pakai crumple shawl je? LustfulLuv takde jual shawl lain ke? Ey ey cakap baik sikit der. Banyak hokeh. Aku borong shawl crumple sebab aku takde langsung shawl crumple sob sob... Ok jangan lupa usha blogshop ni. Mana tau ada yang berkenan di hati ke kan? Tak rugi pon usha ;) Lagipon boleh dijadikan sumber inspirasi untuk berfashion. Ececey banyak la kau. Nah link!
p/s : masa pegi jumpa Dato Siti itu hari pon, aku pakai shawl dari LustfulLuv hikhik
0 comments:
Post a Comment