Friday, April 15, 2011

Apa hala tuju anda selepas SPM?

Assalamualaikum :)


Lama gila tak online. Rasa macam dah ketinggalan updates terkini selama 2 abad. Zaman sekarang ni, kalau tak online sehari pon dah rasa macam resah. Rasa macam siryes aku ketinggalan berita-berita penting  yang tidak boleh didapati dimana-mana. Eceh over nampak. Tapi betul la, internet ni macam viral tau. Dapat satu link, share dekat 1000 orang. Setiap seribu orang tu akan share lagi dengan 1000 orang. Sebab tu Rebecca Black dapat 38milion views. Jaringan terpantas lah katakan hoho.


Tadi aku check-check comments, tengok ada sebilangan kecil adik-adik lepasan SPM yang tanya pendapat tentang hala tuju diorang lepas SPM. Memang parah la nak reply satu-satu, sampai kiamat pon memang tak lah kan. Jadi aku rasa biar aku cerita kat sini jer. Tapi aku nak buat disclaimer sikitlah, apa yang aku akan cakap ni adalah berdasarkan pengalaman aku, so pandangan aku mungkin berbeza dengan sesetengah pihak. Pokok pangkalnya, jadikan apa yang aku bakal cakap ni sebagai guidance je, keputusan akhir di tangan anda. You are the one who's going to settle down with your decision.


Ok dulu masa aku masih sekolah, aku tak tau dah besar nak jadi apa. Err, padahal umur 17tahun dah consider besar la kan. Aku keliru. Masa zaman sekolah ni jugak, banyak keputusan kita dipengaruhi oleh rakan sebaya. Peer pressure sangat memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, aku adalah seorang manusia yang sangat-sangat tidak suka fizik. Masa waktu fizik aku akan berangan nak pegi outing, tidur di bilik sakit atau duduk dekat tangga untuk study Biology. Biology adalah subject yang sangat tough bagi aku dulu.


Korang tau kan UTP adalah U yang sangat diidamkan oleh budak-budak sbp? UTP ni kira ada wow factor lah. Siapa yang dapat masuk UTP guna result trial SPM tu kira macam gempax gila. Rasa macam dah dapat masuk Oxford dah. Ramai gila budak-budak apply UTP walaupun dorang bukan suka sangat pon engineering course, tapi dorang masuk for the sake of fame. Aku dulu pon sikit lagi nak terpengaruh. Geram je tangan ni nak isi application form. Tapi sebab ayah & ibu aku jenis yang outspoken, dorang selambe je sound yang aku ni lemah sebab senang sangat terpengaruh dengan orang lain. Maka aku batalkan je niat aku tu :')


Lepas tu aku pon dapat result SPM. Aku dapat 9A1B je. Tak hebat macam adik-adik sekarang. Masa zaman akak dulu, tu kira oklah tu. Aku pon bukan pandai nau. Ha lepas tu aku dapat Asasi UIA. Aku kurang sikit dengan UIA ni sebab tak banyak senior atau member dekat sana. Dont be offended tau student-student UIA hehe. Lepas tu ada several factors yang membuatkan it was totally a no-no for me. Asasi 2 tahun & compulsory to study Arabic.


And then, aku apply untuk study oversea. Masalahnya, aku tak tau nak amek course apa. Engineering taknak, Medic pegi mampos. Dua course ni adalah musuh ketat aku. Aku heran gila asal orang suma berlumba-lumba nak jadi doctor. Padahal gaji sikit tak worth dengan penat yang kau alami. Tak kira lagi study susah-susah, in the end jadi kuli kat hospital. Itu apa yang aku rasa dulu, sekarang tak lagi hehe..


Last-last aku apply pharmacy JPA. Asal pharmacy? Entah sebab aku pikir, aku boleh bukak farmasi sendiri. Aku suka generate duit, thats why kadang-kadang orang dok kata, aku ni berotak bisnes. Sikit-sikit nak untung. Aah betul la tu. Aku tak suka rugi dan buang masa macam tu jer. Aku nak benefit dari setiap apa yang aku buat. Except untuk amal jariah. Kalau aku bersedekah tu, kira memang aku dah ikhlas dan tak mengharapkan apa-apa balasan. 


Member aku cakap, susah nak dapat JPA, baik mintak MARA jer. Yelah lagipun SPM aku bukan straight A's pon. Tapi aku rasa macam nak mintak JPA jugak sebab dengar kata hati konon. Sekali amek kau, permohonan aku ditolak. Kalau JPA dah tolak sekali, dah tak boleh apply MARA dah. Sebab tu korang kena pikir betul-betul nak amek scholarship yang mana satu. Down gila aku masa tu, dah la JPA tolak aku, dapat pulak Asasi UIA yang aku paling taknak. Rasa macam dunia ni tak adil... 


Aku ada jugak tanya-tanya pendapat orang, apa patut aku buat dalam keadaan macam ni. Rasa macam sia-sia je belajar susah-susah selama 2 tahun. Member aku cakap, masuk je Asasi UIA tu nanti boleh tukar course kalau result asasi ok. Asasi kot weyh, rugi kau tak ambik, takkan nak masuk Matrix kot?? Konon Asasi macam cool la dari Matrix. Matrix adalah pilihan terakhir untuk semua SPM leavers. Tapi masalahnya, asasi UIA tu 2 tahun. Dah membazir masa kat situ, kalau aku tak dapat tukar course macam mana? Dia dah la bagi aku asasi sains kesihatan, my last choice I was like whatttt??


And then sorang member aku ni suggest supaya aku apply scholarship macam PNB ke Sime Darby ke. Course tak kesah, janji dapat pi oversea. Dia kata, secure je tempat dulu, lepas tu minat tu akan datang sendiri. Aku try bukak, hmmm accountancy, politic science etc what the heck was that? Kalau aku dapat scholarship tu pon, setakat boleh buat modal nak gebang kat orang kampung je la. Lepas tu belajar lingkup. Huhu aku tanya pendapat ayah aku, memang aku kena maki lagi sekali.


In the end, aku masuk Matrix. Masalah matrix ni adalah, kau kena power. Kalau tak power memang tak dapat tempat langsung untuk degree. You have to compete dengan budak-budak asasi. Lagi satu, dia macam tempat untuk kau start a new life. Ibarat macam kau punya result SPM teruk gila pastu kau nak repent and yeah Matrix is the one for you. Senang kata ia adalah tempat buangan untuk spm-leavers yang tak dapat pegi mana-mana. Aku agak terkilan sebab result SPM aku takdelah teruk mana. Ok budak-budak matrix jangan terasa hati k, akak kau ni pon matrix jugak dulu hehe.


Kawan-kawan aku suma kalau tak buat A level, mesti masuk UTP atau masuk Asasi. Yang masuk matrix cuma yang dapat result biasa-biasa. Mental down gila aku time tu. Member-member seangkatan kalau call aku, depa mesti cakap 'Ha?? masuk matrix? asal tak pegi oversea? Ingat senang agaknya nak pergi oversea. Lepas tu tak kurang jugak yang perlekehkan aku sebab aku tak pergi mana, hanya study di Matrix ja. Sebulan dua juga aku amek untuk menstabilkan keadaan mental. Aku bukan takboleh nak apply benda lain, boleh. Tapi aku takmau buat sesuatu yang aku tak minat. Boleh jer ambil course mengarut, kalau stakat nak pergi oversea. Tapi aku taknak. Aku taknak pikir short term. Ni berkaitan dengan future aku. Lepas study kau akan kerja. Takkan kau nak study politic science lepas tu end up kerja jadi cikgu tusyen?


Aku just go with the flow. Aku still mencari minat aku yang sebenar. Masa dekat matrix best gila, aku suka sangat. Study teratur, kawan-kawan praktikum best-best, roomates baik hati, lecturer rajin & suka tolong students. Pokoknya tak rugilah aku masuk matrix. Despite orang dok caci maki Matrix, aku yang study sana merasakan the other way round. Di matrixlah, aku dapat rasa yang Medic is the one for me. Aku rasa macam nak sangat buat medic. Kali ni memang aku yang buat keputusan sendiri tanpa ada sebarang pengaruh dari orang lain. Dalam borang UPU, ada 8 kotak pilihan. Dari satu hingga tujuh, aku isi medic. Kotak ke lapan, aku kosongkan. Kira ni memang berani matilah. Kalau tak dapat medic memang aku takde masa depan lah, terpaksalah aku kerja je kat company ayah aku.


Result matrix pon keluar, aku dapat 3.8 bukan 4 flat. Orang kata kalau nak amek medic mesti 4 flat. Sekali lagi aku down. Rasa macam dunia ni gelap. Aku dah kecewa gila dengan hidup ni, semua yang aku nak aku tak dapat. Dah la aku isi semua MEDIC, kalau tak dapat medic memang tak dapat apa la kan. Aku pasrah jelah, malas aku nak sedih-sedih lagi. Dalam hati aku fikir, kalau inilah yang Allah mahu aku buat,aku redha..kalau kejayaan tu bukan milik aku, aku pon redha.. Jadi aku pon start kerja dekat company ayah aku. 


One day, kawan aku telefon, ayah kawan aku ni kerja dekat Kementrian Pelajaran. Dia kata result student Matrix tahun ni tak berapa mengancam. Purata dapat 4 flat sangat sikit. So student yang 3.8 above sangat tinggi potensi untuk dapat medic. Nak terduduk aku dengar berita tu...


Syukur alhamdulillah, aku dapat my first choice, Medic UPM. Gembira tak terkata. Bukan senang nak dapat medic dalam negara. Kalau ada kawan-kawan korang yang study medic dalam negara tu, maksudnya dia sangat pandai la tu hehe. Aku memang bersyukur sangat-sangat sebab tak sangka kan, rezeki aku Allah murahkan. Tapi tak memasal lepas tu, Mara hantar surat kat rumah aku, dia bagi tawaran study medic oversea. Padahal aku tak pernah apply apa-apa pon.


Orang kata, yang result power-power(4 flat) goverment simpan duduk dalam negara, yang result tak berapa baik (<3.8) diorang hantar ke luarnegara macam indonesia, egypt & bla bla. So aku berbelah bahagi. Aku nak try hidup di negara orang at the same time aku dapat medic dalam negara yang semua orang idam-idamkan kot? Nak kepuasan ke nak fame? Pilih.


Anyway, aku pegi je interview MARA tu, ada 2 Session interview & sat for the entrance exam. Aku pikir, kalau aku dapat U yang jauh ke hulu tak mau aku pergi, bek aku study kat UPM jer. Aku tak pikir apa sangat pon sebab dah dapat tempat kat UPM kan. Sekali bila result keluar, aku dapat Twinning Program UNPAD-UKM. Unpad dekat Bandung ok, syurga shopping. Lepas tu UKM top kot. I got to experience 2 Universities at 2 different countries. Peluang jarang dapat. Lagipun every year hanya 50 orang je yang terpilih untuk program ni.


And yes, here I am. In 2 weeks time aku akan balik mesia to pursue my clinical phase dekat PPUKM. Syukur alhamdulillah, Allah has perfectly planned everything for me. Kita hanya perlu berdoa & bersabar, insyaallah Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. He knows better than us. Kalau adik-adik tak dapat apa yang diidamkan, just banyakkan berdoa & redha. Mungkin kita tak dapat sekarang, tapi akan datang kita akan dapat yang lebih baik :)


Akak kau ni pon takdelah hebat sangat sampai pidato peringkat antarabangsa, SPM straight A's bagai. Akak takde semua tu. Setakat main sport wakil sekolah tu je lah. Tapi dah Allah bagi kita rezeki, kita bersyukurlah. Kejayaan dalam bentuk black & white bukanlah kayu ukur untuk kita berjaya di dunia ni. Ada yang straight As tapi UPU pon tak dapat. Ada budak dapat 3 A je tapi bila jadi technician kat aircraft dapat gaji beribu-riban. Mengalahkan engineer yang dulunya top student kat sekolah.


Rezeki Allah ni macam-macam. Kita tak boleh nak bandingkan orang ini dengan orang itu berdasarkan satu faktor sahaja. Adalah tidak rational dan tidak adil untuk mengukur kepandaian seseorang dengan melihat keputusan SPM sahaja. Mana tau budak tu genius gila tapi masa SPM dia demam jadi dia dapat 5A je ke kan. The point is, nothing is absolute in this world. There's a shade of grey between black & white.


Jadi adik-adik tak harus mendengar kata-kata orang yang sibuk mengecam. Abaikan mulut orang, orang hanya tau berkata-kata je. Bila kita buat keputusan, make sure keputusan itu adalah yang terbaik dan memang keinginan kita. Bukan keinginan mak kita, bukan keinginan jiran kita atau kawan-kawan kita. Jangan terikat dengan pemikiran masyarakat kita, kalau tidak you wont go elsewhere. Contoh macam, budak science je pandai, yang tak amek science suma tak pandai. Tidak. Kalau itu minat awak, abaikan mulut orang and just go on. Macam akak nak masuk matrix dulu, ramai kot yang tak kasi masuk. Kalaulah akak dengar cakap diorang dulu dan tak masuk matrix, memang akak tak dapat apa yang akak ada sekarang =')


Itu saja yang aku ingin cakap. Aku jugak ada terima beberapa comment yang kata 'Alah FL amek medic indon je pon, aku pon boleh pegi bila-bila masa kalau nak'. Silakan. Takde sapa heran. Kita kalau hidup asek nak mendengki je memang tak kemana-manalah. Mungkin kau boleh recruit banyak pengikut yang sekepala ngan kau, tapi pokok pangkalnya Allah tau hati kau camne. Takde mana murahlah rezeki kau. Siryes beb. Appreciate je dengan apa yang kau ada, jangan nak membandingkan diri kita dengan orang lain sangat. Kalau kau lebih bersyukur, hati kau akan rasa lebih tenang dan jauh dari sifat dengki. 


Last sekali, bila orang lain ada kelebihan, jadikan mereka sebagai inspirasi bukan musuh. That's the art of life. Harap sangat entry akak ni dapat membantu adik-adik yang dalam kebuntuan. Mintak maaf kalau ada tersilap kata atau ada sesiapa yang terasa hati. Akak ni manusia biasa yang tak terlepas dari membuat kesilapan. Apapun, ambil yang jernih dan tinggalkan yang keruh. Stop hating and make this world a better place to live =)


Yes, you can! - google pic


---------------------------------------------------------------------------



Adakah korang pengguna Maybankard? Tau tak Maybank dah release card baru yang dinamakan Maybankard 2 Cards? Card yang baru ni ada banyak gila benefit. Sebab card ni baru je release, so masih ramai yang tak aware. Click here to know more!


Thank you for reading this entry !

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hijab Trade Fashion . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Hijab Trade Fashion | Hijab Fashion | Hijab Tutorial | Hijab Style Inspiration