Monday, May 30, 2011

Perempuan nafsu 9 & akal 1.

Assalamualaikum


Biasa tak dengar orang kata, lelaki ada 1 nafsu & 9 akal manakala perempuan pula is the other way around. Yeah you heard me, perempuan ada 9 nafsu & 1 akal.(Ada orang kata hadis ni tak sahih, but lets just pretend like its true) Okay kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa macam pathetic gila orang perempuan. Kasihan, perempuan itu kelihatan macam pandai, bijak, cerdik but actually dia ada 1 akal jer. Tengok perempuan tu suci dan lemah lembut..but eventually dia ada 9 nafsu. Haha! 


But things don't work that way buddy. Bila cakap pasal nafsu, it can be broad. It can be anything that require lust. Nafsu makan, nafsu shopping, nafsu berak dan pelbagai lagi. Oleh kerana perempuan mempunyai nafsu yang maha pelbagai, maka orang perempuan ini seringkali dilabelkan sebagai kaum yang amat sukar difahami. Adalah lebih senang untuk faham salasilah puak Yahudi Ashkenazi daripada kami. Wuwuwuwuw.


Perempuan ni pendirian dia sangat tak tetap. Tak stabil. Ibarat macam jetski yang dilambung ombak ketika air pasang. Hari ni dia kata lain, the next day dia kata lain. Walaupun dia kata lain-lain tapi we expect you guys boleh terima bulat-bulat. Kalau tak boleh terima, kitorang akan marah. Haha! Cool bukan? Tak dengar cakap je marah. Hee.. Itulah specialnya orang perempuan, we are allowed to marah-marah like crazy once in a month without being scolded back. (Thanks for the uncontrollable scientific-proven hormone!)


Lepas tu, orang perempuan ni cepat sangat terpengaruh. I mean like real cepat. Contoh paling senang adalah fashion. Ok contoh sekarang adalah musim Harem pants. Maka bergegaslah mereka ke Times Square ini jam jugak untuk mencari Harem pants (TS murah sikit hihi). Lepas tu Harem pants dah tenggelam, keluar pulak Tapered pants. Ah kene pegi balik TS untuk beli Tapered pants! Ga keren lho kalo ga ikut peredaran fashion! And the list goes on. Disebabkan orang perempuan suka pakai baju ikut fashion, kadang-kadang ada certain baju tu dia pernah pakai sekali dua jer. Yelah musim dah habis, takkan nak pakai baju tu lagi kot. Nanti orang kata ''You're so 2007 duhhh~'


Bila tengok orang dok pakai clog, beriya kita cari clog yang sale sekitar mall di KL. Bila tengok orang pakai makeup, kita pon nak jugak walaupun kita tau in the end kita akan pakai sekali dua je make up tu sebab segan. Bila tengok orang pakai shawl Hana Tajima, kita pon nak jugak jadi Hana Tajima walaupun muka kita tak sesuai pakai shawl tu. Bila tengok orang pakai vintage dress, kita pon beriyalah bersengkang mata cari online shop yang ada jual baju vintage. These are the commonest examples that I could think of. I know well cuz i'm a woman too. Aku pon tak lepas juga dari penangan 9 nafsu ni. Siryes penat emosi & jasmani sebab tak pernah puas dengan apa yang kita ada. 


Benda ni buatkan aku terfikir. APA YANG AKU KEJAR SEBENARNYA? Aku berkorban duit, masa & tenaga semua ini untuk apa? Kepuasan? Tapi aku tak pernah puas pon. Makin aku berkorban, makin aku terkorban. Eh apa aku cakap ni? Hahahaha but yeah i hope you got my idea. Kau takkan pernah puas kalau kau keep on comparing yourself with others. Orang ada kita pon nak ada jugak. Orang takda, kita nak ada jugak. Abih bila masa je yang kita takda ni? Eh apa yang ada apa yang takde ni. Aku ni suka melalut sampai dah terlupa apa aku nak cakap sebenarnya. Cis.


Semakin aku dewasa ni (eceh!), aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam ni. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain. Walaupun orang pakai shawl fancy2, aku tetap dengan syria murahanku =') Yeah, mula-mula rasa macam segan giler aku sorang je yang pakai jeans & syria, semua orang pakai maxi skirts & shawl HT like sangat cantik kottttttt. But then I get used to it. Just confident dengan diri sendiri. Doesn't mean kalau kita tak ikot fashion sekarang kita tak ohsem kan? Aku adalah contoh manusia ohsem kahkah. (Tampar mahu ga?)


Macam makeup pulak, dulu aku pon sibuk jugak nak pakai makeup bila gather dengan kawan-kawan, konon-konon taknak rasa macam being left out la kan. Semua orang pakai makeup takkan kau sorang je datang dengan muka plain? Nanti nampak macam you are not belong to that group. (That's what I used to think before). So aku ni kaknam sibuk nak pakai eyeshadow & mascara bagai, lepas tu bila nak solat dah susah. Kena pakai remover and all. Buang masa je. Lepas tu kena pakai balik makeup. Benda 10minit dah jadi 30minit. Tak cerita lagi part lilit shawl bagai =')


Tulah benda-benda yang buat aku rasa penat. Sebab nak impress orang punya pasal, then I got to sacrifice alot of things. Dulu aku okay je, but now aku rasa rimas & menyusahkan. Well benda ni depends kat individu sebenarnya. Kalau semua orang fikir macam aku, then takdelah fashionista didunia ni betul? Haha. Bosan lah pulak dunia ni nanti. But apa yang aku nak cuba sampaikan adalah, kalau kau rasa benda tu macam tak bagi benefit kat kau, then don't do it. Kalau kau rasa kau buat semua benda ni sebab nak setaraf dengan kawan-kawan kau, then you got a big problem. Benda ni tak sihat sebenarnya, sebab korang walaupun berkawan tapi sebenarnya korang adalah lawan. Korang macam bersaing-saing  sapa pakai baju lagi cantik and stuff bila meet up walaupun secara amnya korang adalah goodfriends. Jangan cakap tak, at least korang mesti terdetik sedikit jealousy. Perempuan kan memang suka envy. Thats the fact.


So the best way is, kurangkan stalk fashionista. Jangan salah faham, aku suka tengok fashionista jugak, but sometimes you just gotta do it. Bila korang tak stalk, korang tak tau fashion terbaru, lepas tu korang pon tak beli haha! Anyway diorang kan fashionista, dah bidang dia disitu, of course la dia kena pakai latest fashion hee. Yang kita orang biasa-biasa ni tak payah lah kot nak berusaha sangat nak jadi macam diorang. Just keep things moderate. Kadang-kadang simple is more kan? Tapi kalau nak jugak, terserah kamu deh sebab minat orang kan lain-lain.


Lepas tu kenalah kuatkan iman dan tinggikan paras konfiden dengan berbisik dihati ayat sebegini 'AKU CANTIK WALAUPUN TAK PAKAI MAKEUP AKU CANTIK WALAUPUN AKU PAKAI BLOUSE DENGAN CROCS JE' Korang kena ada konfiden, tapi janganlah terlebih sehingga menjadi riak pulak sampai bila jumpa fashionista kau pegi cakap ' Hello aku cantik je walaupun tak pakai baju macam kau'. Itu dah melampau. Memang aku pergi simbah acid kat muka kau haha! Anyway, bila kau ada konfiden kau akan rasa 'I am pretty just the way I am' lepas tu mesti kau tak terpengaruh dengan orang lain. Cool kan macam tu. Hati kau tenang, duit kau pon selamat dan yang penting, kau tengah belajar menahan nafsu haloba. Its a good thing right =)



Betullah nafsu dia ni ada 9. Air pon dia order 2 gelas isk isk.


p/s : Berfashionlah ikut kemampuan kamu. Tak salah kalau sekali sekala nak bershopping, nak pakai makeup cantik-cantik, tapi jangan sampai overboard. Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Aku pon pernah buat silap dan Im learning from my mistakes =') Kita kan manusia. Biasalah kan. Marilah girlfriends kita belaja untuk terima diri sendiri dengan seadanya!

Thank you for reading this entry !

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hijab Trade Fashion . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Hijab Trade Fashion | Hijab Fashion | Hijab Tutorial | Hijab Style Inspiration