Assalamualaikum
Last weekend aku balik Seremban. Tapi takdelah nak kecoh sangat sebab everyweek pon aku balik sebenarnya haha. Ceh ceh mentang-mentanglah klinik asas, aku pon mengambil kesempatan ini untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Anyway, sejak balik Malaysia ni rasa makin disayangi pula. Selang 2 hari ibu/ayah call. Dan setiap kali call mesti akan tanya 'Adik tak balik ke?' Rasa macam ini jam jugak mahu start enjin dan pecut balik Seremban melalui highway Lekas sebab petang-petang ni highway PLUS jem taknak kalah.
Yelah sejak dari umur 16 lagi aku jarang balik rumah. Sekarang ni baru la dapat merasai perasaan pulang ke hometown everyweek. Ia merupakan perasaan yang paling indah sekali :') Nasib baik HUKM berada di Cheras, bukan di Pengkalan Chepa mahupun Sarikei. Kalau tak, haruslah tunggu waktu housemanship, and then apply untuk bekerja di Hospital Tunku Jaafar Seremban.
Memandangkan maid kami yang sudah berkhidmat selama 7 tahun sudah pulang for good kerana masalah keluarganya, maka tugas-tugas dirumah diambil alih sepenuhnya oleh ibu. Itu hari ibu masak rendang, selalunya maid kami adalah PA terulungnya namun telah diganti oleh anak daranya yang tak berapa nak rajin itu. Aku punya kelemahan terbesar adalah bawang merah. Pehh siryes, baru dua saat kupas bawang merah, mata dan hidung aku akan menghasilkan mucous yang tiada tolok tandingan. Pedih dia punyalah azab sampai aku rasa optic nerve aku boleh damage.
Ini bawang merah atau kita panggil dia Shallot in English.
Benda ni bukan aku buat-buat. Dari dulu lagi aku dah try, tapi tak pernah berjaya. Aku tengok mak aku ilek je kupas, siap boleh bersiul-siul (tipu). Aku ni hmmmp, memang takleh harap, selalu aku suruh bibik je yang buat. Malas nak layan. Tapi itu hari aku cekalkan jugakla sebab kesian mak aku kalau dia nak buat semua kan. Dah la dia masak, dia kemas rumah, dia basuh baju, takkan suruh kupas bawang merah pon takleh harap kan? Tercabar a ego aku. So aku pon kuatkan semangat dan cakap dalam hati 'Ini psaikology, aku tak pedih aku tak pedih aku tak...aahhhhhhh PEDIHHHH!
Aku tumpas jua. Tapi slow-slow a aku kupas...sambil tengok Melodi...akhirnya dapatla beberapa ulas. Aku rasa seperti seorang loser yang sejati. 15 minit dapat 5 ulas je. Mak aku 5 ulas tu 3 minit je. Apa nak jadi kan. Ini memang lembab tahap tak boleh nak diajar wuwuuwuw. Korang ada tak tips? Bagaimana nak prevent kepedihan mata & pengeluaran mucous dari hidung ketika mengupas bawang merah? Orang kata alah bisa tegal biasa..tapi aku dari dulu pon memang takleh handle la bab bawang merah ni.
Sesiapa yang ada tips sila kongsikan bersama. Mana tau berkesan ke, boleh la aku eksyen kupas laju-laju semasa rewang kat kampung. Mesti makcik makcik gomar kek den. Kok dio kobar an... anak siapo la ni.. handa bona...laju dio kupeh bawang.... dah bulih kawen dah ni! =P
Nanti aku nak paksa abang, asfiq & han kupas bawang ! Jangan nak termenung sangat la kan.
Thank you for reading this entry !
0 comments:
Post a Comment