Assalamualaikum
Ok. Entry sebelum ini adalah tidak bergambar malah mempunyai ribuan patah perkataan pula. Pasti mereka yang tidak gemar membaca karangan berjela-jela berasa gelisah. Worry no more girlfriends ! Inilah habuan bagi mereka yang cintakan blog bergambar. Anyway, ini adalah sambungan daripada Singapore Trip aku tempoh hari. Boleh click kalau mahu mengimbau semula kenangan lepas.
Ini pula adalah Tauhu. Seriously tak ingat nama dia. Padahal mudah je perkataannya. Adakah tauhu bakar? Tapi mokcik ni goreng, bukan bakar. Tauhu diselimuti kuah kacang? Cis singguh tak commercial kalau dinamakan sedemikian rupa.
Kenalkan our lovely tourist guide, Nor ! Hehe sebenarnya Nor adalah cousin kepada Datin. Kami berdua telah menumpang tidur di rumah keluarga Nor yang terletak di Hougang Avenue 3 sepanjang kami berada di Singapore. Orang Singapore memang peramah dan baik-baik =)
Changi Airport. Nor membawa kami ke airport untuk membeli .....
Victoria's Secret! (Wah kenapa shawl kak Fatin tiba-tiba bertukar style?)
Nor merupakan seorang pekerja di syarikat gergasi IBM. Maka Nor telah membelanja kami lunch di Pizza Hut memandangkan kami makan seperti gergasi. Thank you girl !
Tong sampah yang sungguh cool. Bagus sungguh cara mereka educate their citizen.
Datin, Nor & Along with their Nuts dipped Marshmallows
So cute isn't it?
We went to Esplanade!
Dari atas ni kita boleh nampak view of Singapore. Cantik sangat!
The sisters yang gigih bawak kami sight seeing =) Along ialah kakak kepada Nor. She's married but doesn't look like one.
Sebab pergi sight seeing berjalan kaki dan naik MRT secara terus menerus, maka kaki kami sakit seperti ada symptom Intermittent claudication. Oleh itu, kami lepak di Artease. Cool atmosphere for hanging out and meeting friends. Thanks Along kerana belanja!
Artease yang sungguh artistik ibarat seorang artis.
Souvenirs for family and friends !
These are mine =)
Ramai yang bertanya budget untuk pergi ke Singapore. Susah nak cakap sebab aku menumpang dekat rumah orang, dimana makan dan penginapan adalah free. Ditambah pula keluarga Nor & Along sangat baik, maka duit taxi pon tidak perlu bayar. Itu hari aku bawak RM600. Jika kamu mahu pergi USS, sediakan RM200 untuk tiket masuk USS. Penginapan pula, kamu pergilah tidur di JB. Makan juga di JB. Air mineral beli banyak-banyak kat JB. Ah pandai-pandailah nak idop.
0 comments:
Post a Comment