Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Homemade chocolate untuk yang tersayang :)

Assalamualaikum.



Biasanya, kita selalu bagi orang yang kita sayang hadiah chocolate. Sebab chocolate tu macam lambang kasih sayang. Lambang honesty giteww :). Tak kiralah bagi kat mak ke ayah ke kawan baik ke ehem2 ke suami ke isteri ke ahh tak kisah lah yang penting korang tak bagi musuh korang chocolate kan? Haha!

Tapi biasa orang asek bagi cadbury takpon kalau nak standard sikit, bagi ferrero rocher takpon hershey's. Ala macam typical la kan asek dapat chocolate brand same jer. Hidup ni kena la ada kepelbagaian kan. Tapi takpe. Hari ni aku nak kenalkan korang dengan 100% HOMEMADE CHOCOLATE yang paling sedap & comeyy in the world!



Tadaaaa! Itu dia Chocolazad :) 100% homemade chocolate. Siryes comel giler! Ingat cupcakes je boleh comel? Chocolate pon boleh la.



Yang best pasal chocolazad ini ialah, chocolate depa ni custom made. Angpa boleh pilih sendiri nak bentuk apa, perisa apa, inti apa, & warna apa. Mak aih kuasa memilih terletak 100% di tangan anda !



Ini honey koyuki punyewww hikhik ada love2 & bunge2. Seswai la dengan jiwa perempuan ai ni.



    
Chocolate dia tebal kot! Aku bukan nak kipas lah, tapi rasa dia siryes sedap. Ala-ala cadbury. Yang bunge ni filling dia almond. My favvy :) Sudahlah comel, sedap pula. Nak nangis a camni!



Chocolate ni datang sekali dengan box ;) Kira presentation dia memang suitable lah untuk buat gift untuk yang tersayang kan! Harga pon murah. Yang aku punya ni ada 35 biji, harga baru RM40. Korang boleh pilih nak 35, 24, 12, 9 atau 4 biji. Harga dari RM6-RM40. Siryes berbaloi!



Chocolazad juga ada menyediakan card ucapan ala-ala bookmark untuk korang luahkan isi hati korang kat si penerima. Hehe comel. Boleh la bagi kat secret admire kan. Confirm si penerima terharu lantas membalas hadiah korang dengan 8 kotak chocolate of 35 pieces! Tak mainlah 4 pieces kannn haha!

Jangan lupa usha chocolazad untuk futher information :) Happy shopping!

p/s: this is a paid advertorial.
Thank you for reading this entry !
Posted on 2:17 AM / 0 comments / Read More

Thursday, December 30, 2010

Photoshoot with Edast Boutique - Part II

Assalamualaikum ;)

Kita berjumpa lagi di segmen ke2 bersama saya, Fatin Liyana! Jadi sekarang mari kita usha gambaq-gambaq yang ada. Banyak sebenarnya gambaq yang ada, tapi aku upload yang mana aku berkenan jaa. Yang tak berkenan tu toksah dok kalut. Duduk diam diam dalam folder paham dak?



muka takda perasaan adalah kemahiran aku yang terunggul :')



dari ribbon ke shawl ke inner ke baju ke cincin ke rantai. suma boleh dibeli di edast boutique!



 Inspired by Yuna !



 Loike this pic ;)



 Buat cover album okay tak? Tapi takde album pon, nyanyi karok pon lontaran suara goyah -__-



 Bunga-bunga cinta teehee *mood gewwwdikk*



 emo. hiris nadi dengan razor.



 eh bukan ke dah upload gambar yang pakai baju biru ni tadi? ye btol tu rakan2. tapi sebab aku suka sangat dengan gambaq ni maka aku upload 2 kali.



eh gambaq ni pon dah upload. yang bunga-bunga cinta tu kan? SALAH. cuba scroll balik dan tengok warna cardigan. berbeda bukan? ;)


Apepon aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat butik Edast sebab bagi pengalaman yang bukan main indah in the world kat aku hehe...dapat duit, dapat accessories, dapat inners & shawls satu beg, dapat cardigans, dapat overall wahhh macam2 edast bagi. Tapi yang paling penting, dapat pengalaman jadi model Edast yang pertama :) Murah rezeki aku, syukur alhamdulillah ! Semoga business Edast semakin maju !

Korang boleh on9 shopping di Edast. Atau datang jer kat kedai dorang di no10G, jalan 18/35, Taman Sri Serdang, Serdang untuk dapatkan product2 yang aku pakai. Kalau nak tengok gambar yang lain, boleh tengok kat fanpage Edast. Gambar lain ada jugak pada photoG safwan & faiz. Usha facebook dorang k. Mana tau korang ada nak pakai khidmat photography diorang ke kan :) boleh la kolling2 hehe.

Facebook Safwan & Faiz. Sila click sini tau. 


Thank you for reading this entry !
Posted on 2:03 AM / 0 comments / Read More

Wednesday, December 29, 2010

Photoshoot with Edast Boutique - Part I

Assalamualaikum :)


Aku suka balik Malaysia. Sebab bila balik mesia jer, macam-macam ektibiti yang aku tak pernah buat aku dapat buat. Macam baru-baru ni, aku berpeluang photoshoot @ whitestudio dengan Edast Boutique pada 26hb December 2010. Terasa macam duta Edast Boutique you ! Edast Boutique ni ada kat Serdang. Dekat la dari seremban kan. Setelah datin breakfast kat rumah aku, kitorang gerak ke Serdang & sampai sana lebih kurang pukul 11 pagi.

Anyway, sepanjang cuti ni aku tak pinjam kereta dari kedai ayah aku. So aku bergantung harap jer ngan datin hehe. Aku bayar duet minyak aaa hehe.. Ayah aku suruh drive kete merc dia kalau nak pergi mana-mana tapi aku ni kan pemalu..... :)



Dah sampai Edast Boutique ! Suka giler butik ni sebab decorations sangat comelsss & banyak sangat product dia. Baju biru suami owner & mek yang tengah duduk tu emak kepada owner! Mereka sangat-sangat friendly & chillax. So takdelah stress kannn hehe



Barang-barang yang aku bawak. Kasutsssss & 1 bag besar giler untuk make up & baju ganti. Untuk photoshoot kali ni, aku kena peragakan baju, shawls & accessories dari Edast. Kira seluar & kasut je aku punya :)



Tudung pink adalah owner Edast Boutique & tudung biru adalah adik Ernie, assistant boutique. Dorang sangat-sangat humble, tak bossy, bagi kebebasan sepenuhnya kat aku untuk mix & match inner, shawls & accessories. Siryes, best sangat sebab dapat try pelbagai jenis shawl hehe..



Ernie yang sangat comel hehe kejap2 dia nak tangkap gambar dengan aku. Terasa macam artis pulak haha! Maceh Ernie sebab jadi assistant yang sangat manthop on that day !



Datin korang ni dah banyak sangat berbakti kat aku hehe..kalau takde dia, takde sapelah nak bawak aku g photoshoot ! Kalau takde dia jugak, takde sapa nak lekatkan bulu mate pelesu I. Awww datin u memang terbaik!


 Tercapai jugak hajat nak photoshoot dalam white studio !



Lepas shoot sume kitorang break untuk lunch. Makan KFC ramai-ramai dekat lantai tau. Baikkan owner Edast ni! Anggap kitorang macam family jer. Sebab aku lapar sangat, aku makan 2 ayam . Aku rasa aku termakan mek punye ayam. Sebab masa tu mek pegi semayang. Lepas tu aku cemas, rasa macam nak nangis pon ada. Tengah aku risau tu, tetiba aku dengar mek kata dia taknak kfc dia nak makan nasi. Fuhh lega :')


 Make up by me ! Tapi touch up eye shadow & fake lashes by datin :)



 hehe bajet pro :p



 Banyak giler shawls yang aku pakai ! Ada 20 kot? tapi siryes tak rasa penat pon ehehe sebab gembira jadi tak rasa penat langsung.



 Lepas tukar 1 shawl, wajib tangkap gambar.



 Ini adalah shawl custom made designed by akak edast. Nama dia Hijab Sang Ratu ! Siryes lawa giler, senang nak pakai pulak tu. Bila pakai jer, aura Sang Ratu terus menusuk kalbu. Sebab tu muka aku macam ratu kat gambar atas ni. (macam ratu ke? haha)



Photographers yang sangat sempoi & berbakat. Buat lawak bukan2 tak berenti. Boleh join Raja Lawak dorang ni haha ! Kiri Faiz & kanan Safwan :)



 Wife Safwan yang sedia menunggu sepanjang photoshoot ! hi kak nad!



 Datin pon jadi model cardigan you :)) Tak sia-sia dia follow aku ke sini hehe



 Gangster tengah ikat tali kasut. Macam nak pegi khawad kaki. -___-



Apepon I cayang Edast Boutique !! Best sangat shawls, accesories dia sume. Korang datang la sini, rambang mata korang nak pilih hehe.. Apepon aku & edast boutique memang ada chemistry sebab akak pon pakai braces macam aku hehe.. Photoshoot ni habis pukul 6 ptg. Lame giler ! Nak dekat 7 jam photoshoot tapi rasa macam 7 minit jer hehe best punye pasal kannn :)

Entry kali ni is all about behind the scene. Nanti aku sambung Part 2. Ha yang Part 2 tu gambar dari camera Faiz & Safwan :) Sila bersabar ye kengkawannn hehe banyak benda aku nak cerita ngan korang ni. See you later!!

Thank you for reading this entry !
Posted by Picasa
Posted on 10:32 PM / 0 comments / Read More
 
Copyright © 2011. Hijab Trade Fashion . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Hijab Trade Fashion | Hijab Fashion | Hijab Tutorial | Hijab Style Inspiration