Hi Assalamualaikum.
Biar aku bagitau korang satu benda. Aku sangat suka makan lasagna. Kalau kat Bandung bendaalah ni mahal bukan main kepalang. rp 32 000 kaw!! lebih kurang rm12. Mahal an an. Aku makan ayam penyet kat sane baru rp6000 aka rm2.40. Sumpah sepanjang 2 tahun aku dok sane, aku pernah makan sekali je lasagna kat PapaRon. Tu pon rase cam nak menangis je bayar. Hati rase berat, tangan kaku seolah-olah tak mahu kuakan duet dari purse, kaki jangan cakap a, rase ringan je nak lari dari kedai tu supaye tak yah bayar lepas makan. hahaha hebat tak hebat pergolakan jiwa yang berlaku di dalam diri ini semata-mata untuk mendapatkan sesuap lasagna??
Bahan-bahan tok buat lasagna : minced beef, bombay onion, butter, cheddar cheese block, prego sauce, full cream milk, lasagna sheets, pepper/salt/ flour. Recipe ni bantai sendiri tapi alhamdulillah jadi je. Mari kite ushaaaa zassss !!
Meat sauce : korang buatlah meat sauce ni gune butter, bombay onion, minced beef & prego sauce. tambah pepper & salt banyak2 sket bagi masyuk. Aku men hentam je buat ala-ala spaghetti sauce, tp minced beef tu jangan bagi hancur sangat okeyh. Kalo sapa yang suka pedas tu, boleh tumis cili giling ye.. :)
Cheese sauce : 1 teaspoon of butter, 2 tablespoon of flour, 1 cup of full cream milk. Masuk cheddar cheese tu ikot suke hati. Aku pakai separuh dari block tu. Gune api kecik..kacau sampai die jadi thick. Aku sesuka hati tambah pepper/salt bagi lagi kaww.
Amek casserole, grease dengan butter, letak the first layer of lasagna sheet. Lasagna sheets ni comes in 2 types. 1: yang you have to boil it first, 2: yang you can use straight away tanpa perlu boil. I bought the 2nd one. So sequence die mesti camni. lasagna-meat sauce-cheese sauce. repeat. Buatlah bape-bape layer yang korang nak mengikut nafsu serakah korang.
TAPI INGAT. layer paling atas sekali mesti cheese sauce eh. kalo korang tamak haloba habib jewels, korang boleh grate cheddar cheese tu on top. Alah bajet cam extra cheese la kan. Lepas dah puas ati, cover your casserole with an alumminium foil.
Kalo memasak sambil sms inilah jadinye. Lupe nak letak alumminium foil :'). Oh ya, bake dalam oven at 180degree for 20-30mins. Ingat! jangan sms semasa memasak!
There you go! Rupe macam sape di hawau tapi rase sedap nak mampos. Jangan lupa makan ngan cili sos sambil tengok tv3 petang-petang ngan keluarge. Bahagia tengok family makan dengan lahap sampai habis licin casserole. Selamat mencube! :)
Thank you for reading this entry !
0 comments:
Post a Comment