Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Friday, April 30, 2010

Recipe : Lasagna kegemaran !

Hi Assalamualaikum.
Biar aku bagitau korang satu benda. Aku sangat suka makan lasagna. Kalau kat Bandung bendaalah ni mahal bukan main kepalang. rp 32 000 kaw!! lebih kurang rm12. Mahal an an. Aku makan ayam penyet kat sane baru rp6000 aka rm2.40. Sumpah sepanjang 2 tahun aku dok sane, aku pernah makan sekali je lasagna kat PapaRon. Tu pon rase cam nak menangis je bayar. Hati rase berat, tangan kaku seolah-olah tak mahu kuakan duet dari purse, kaki jangan cakap a, rase ringan je nak lari dari kedai tu supaye tak yah bayar lepas makan. hahaha hebat tak hebat pergolakan jiwa yang berlaku di dalam diri ini semata-mata untuk mendapatkan sesuap lasagna??


Namun tak usah risau. Aku ada penyelesaian untuk semua masalah tersebut. PEACE to the world sista ! (n____n). Walaupon tudung tak matching dengan baju, tapi ape ade hal. Yang penting perut kenyang, poket slamat.



Bahan-bahan tok buat lasagna : minced beef, bombay onion, butter, cheddar cheese block, prego sauce, full cream milk, lasagna sheets, pepper/salt/ flour. Recipe ni bantai sendiri tapi alhamdulillah jadi je. Mari kite ushaaaa zassss !!



Meat sauce : korang buatlah meat sauce ni gune butter, bombay onion, minced beef & prego sauce. tambah pepper & salt banyak2 sket bagi masyuk. Aku men hentam je buat ala-ala spaghetti sauce, tp minced beef tu jangan bagi hancur sangat okeyh. Kalo sapa yang suka pedas tu, boleh tumis cili giling ye.. :)



Cheese sauce : 1 teaspoon of butter, 2 tablespoon of flour, 1 cup of full cream milk. Masuk cheddar cheese tu ikot suke hati. Aku pakai separuh dari block tu. Gune api kecik..kacau sampai die jadi thick. Aku sesuka hati tambah pepper/salt bagi lagi kaww.



Amek casserole, grease dengan butter, letak the first layer of lasagna sheet. Lasagna sheets ni comes in 2 types. 1: yang you have to boil it first, 2: yang you can use straight away tanpa perlu boil. I bought the 2nd one. So sequence die mesti camni. lasagna-meat sauce-cheese sauce. repeat. Buatlah bape-bape layer yang korang nak mengikut nafsu serakah korang.



TAPI INGAT. layer paling atas sekali mesti cheese sauce eh. kalo korang tamak haloba habib jewels, korang boleh grate cheddar cheese tu on top. Alah bajet cam extra cheese la kan. Lepas dah puas ati, cover your casserole with an alumminium foil.



Kalo memasak sambil sms inilah jadinye. Lupe nak letak alumminium foil :'). Oh ya, bake dalam oven at 180degree for 20-30mins. Ingat! jangan sms semasa memasak!




There you go! Rupe macam sape di hawau tapi rase sedap nak mampos. Jangan lupa makan ngan cili sos sambil tengok tv3 petang-petang ngan keluarge. Bahagia tengok family makan dengan lahap sampai habis licin casserole. Selamat mencube! :)


Thank you for reading this entry !
Posted on 3:16 AM / 0 comments / Read More

Monday, April 26, 2010

Recipe : Aku buat Chocolate Muffin lah wey.

Hi assalamualaikum.
Kalau aku kat bandung, biasa aku akan bangun pukul 4.30 pg, paling-paling lewat pon pukul 6 pg mungkin sebab aku tido awal kot. Lagi satu, aku tak suka perasaan bangun lambat tu, nanti rasa macam sedih dan rasa malas nak buat pape. TAPI. aku kat mesia ni bukan main melampau lagi bai, pukul 11 baru la nak bangun. Seb bek la ayah aku bekas tentera, subuh dia mesti gerakkan dengan menggunakan fizikal forces. Siyes tak best kono dobik ngan abah den :').

Seperti biasa, hari ni bangun pukul 11 pagi lagi. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Pastu otak ni mula la ligat berfikir cari bende apa nak buat supaya tak rasa bersalah sangat. Aha tetibe teringat kat budak ini.



' Kakak ! buatkan adik muffin. Adik suke makan muffin ! Tapi adik suke yang chocolate punye saje yang lain tak suke' (-_-)


Baiklah. Disebabkan adik pernah cakap macam tu kat kakak, jadi hari ni kakak buat muffin chocolate untuk adik. Buku recipe dulu dah hilang jadi cilok recipe online jeh. Terima kasih google :)


Mule-mule, gunekan double boiler untuk cairkan 200g cooking chocolate !



Kalau rasa diri seperti samseng dan mahu memukul, bolehlah pukul 2biji telo & 50g castor sugar sampai kembang. Agak-agak sudah menjadi seperti cik siti wan kembang, campakkan 70g batu butter & cooking chocolate yang dah cair tadi dalam mixture. Jikalau masih tidak puas hati dengan aktiviti memukul, tambahkan 60g self-raising flour & 1 sudu kecik baking powder. Pukullah sepuas hati asalkan anda gembira.



Selepas hati menjadi tenang kerana terkenangkan yang sabar adelah separuh daripada iman, berhentilah memukul dan masukkan mixture dalam muffin cup. masukkan approx 60% daripada ketinggian cup. Untuk resipi kali ni, boleh buat 6-7 cups. Tapi Fatin Liyana kenapa dalam gambar ade 9 cups? Korang pasan je an salah aku? cis.... gajah obesity depan mata tak nampak..kuman di kuala terengganu nampak..takpe takpe....aku de sebab peribadi knapa aku buat 9..(pdhal dah tersilap) hahaha



Masukkan dalam oven mak kau dan bakar sesuka hati pada temperature 180 for about 30mins. Jangan guna oven mak orang lain kalau tak nak kono sekeh.



Walaweyh. Pegi beli whipped cream, masuk dalam bowl & whip as if there's no tomorrow. Bile dah cam fluffy pipekan atas muffin & taburkan chocolate chips.


Aku rasa nak apply part time kat bakery lah (-_-). Bye selamat mencube semua!


Thank you for reading this entry !
Posted on 4:02 AM / 0 comments / Read More
 
Copyright © 2011. Hijab Trade Fashion . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Hijab Trade Fashion | Hijab Fashion | Hijab Tutorial | Hijab Style Inspiration