Hi assalamualaikum semua :)
Ha lame jugak kan aku tak update. Sebenarnye minggu ni hidup aku huru-hara, aku kalau huru-hara, aku suke tido je. Lantak kau la nak jadi ape pon hehe. Anyway, aku tak sukalah nak update blog kalau takde mood. Sebabnye nanti aku rasa macam entry yang aku tulis tu mcm tak terbaek dari ladang. Pandai je eh. Padahal bile buat homework men cincai je, bila tulis blog bukan main kau ye taknak update mase takde mood sbb nanti entry tak berkualiti la hehehe.
Jadi sebelum itu aku nak mintak maaf banyak-banyak ye kat sume pembaca blog no 1 dunia sebab da lame menghilangkan diri dari blog honeykoyuki ni. Padahal aku tiap2 hari kot online (-_-). Oh ya entry kali ini pasal Jekartah. Ok sebut betul2 JEKARTAH bukan JAKARTA. sebut mesti kena ade slang sket baru la org igt kau budak damansara ke, ampang ke :').
Aku telah pergi menghabiskan weekend dirumah ini a.k.a rumah dak apis. Sebab ape? Sebab birthday kitorang same, which is on the 12th june, so kitorang celebrate sesame. Yang bezenye tahun je. Aku kakak die adik, haa sebab tu aku boleh sesuka hati girang memanggil dia dengan gelaran dak apis :p
Ini bukan perigi buta tapi swimming pool.
Esoknye tu, bacaan yassin & doa selamat diadakan untuk birthday girl & birthday boy. Hikhik comel x comel x. Walaupun dah tua tapi tetap diberi layanan seperti anak kecil.
Mama, chef of the day! Mee bandung, nasi ayam, nasi lemak, pulut kuning, american adventure, brownies & kek lapis sarawak. Sedap wey ang jangan buat main. Aku datang sana makan bukan main lahap lagi, rasa macam orang Somalia je walaupun berkulit cerah hahaha...
Happy 21th & 20th birthday to Fatin Liyana & Hafiz Firdaus :)
Lepas makan gembira. Sebelum gembira, mesti makan. Makan akan menyebabkan kegembiraan. Kegembiraan boleh dibeli dengan makanan. Sila tulis semula frasa diatas dalam 1 ayat dan terjemahkan dalam bahasa Uganda.
Malam tu, jalan-jalan kat mall. Pakai spec je sebab mata dah penat pakai kontak lensa. Bila pakai spec je muka mcm katak. Katak pon kataklah yang penting dapat adiah best dari dak apis. Maceh youuuuuuu :)
Ha esoknye tu, the whole family pergi jalan-jalan kat Bogor. Kitorang pergi Kebun Raya Bogor. Name je kebun tapi bukanlah kebun tau. (bernada tegas). Cantek !
CikOma a.k.a pembantu chef (kiri), Mama a.k.a master chef (kanan) & saya a.k.a tukang rasa makanan / penyibuk handalan (belakang). ok a tu..ade gak jawatan....
Mengelirukan musuh dengan berpura-pura menjadi statue. Jadi x jadi x wink wink :)
Bosan2 tgk pokok, saje je tolong pakcik mane ntah jual eskem. Tapi aku cover mata aku ah supaya orang tak kenal sangat aku sape.
Candid pon muka nak sinis. Nampak sangat dalam kepala otak tu ade je nak pedajal orang.
Gambar bajet europe mesti kena ada satu. DONE !
Berehat berehat di bawah pohon cemara.
Beraksi tidak mengikut ketinggian oleh itu barisan tidak simetri.
HEHE GAMBAR INI COMEL! sebab tu aku tekan capslock :)
pokok tu punye dahan ibarat ulau belingkau kat atas pagau.
Makan ice-cream bersama keluarga bahagia.
Masa untuk makan yay! Jom g Bakul-Bakul~
Mesyuarat memilih menu. Patotnye gambar ni kat atas gambar ikan gurame tu tapi sebab dah tersilap malas nak cut & paste hehe...bole maafkan x bole x.. :)
Saya dah kenyang yay! Lepas melahapp macam badak, tdo macam gimau dalam kete. Sampai ghumah makan lagi lepas tu packing barang balik bandung. wuwuwuwuwu sedih. tak mahu balik bandung nak dok jekartah nak makan makanan sedap2 mama masak, nak jalan2 tak mahu baca buku, nak tengok tv sampai lewat malam tak mahu tengok youtube, macam2 lagi nak tapi takpelah. Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga encik hafiz kerana sudi menjemput saya ke jekartah untuk celebrate bday bersame-same! Terima kasih diatas transportation dari bandung-jekartah-bogor-jekartah-bandung, halalkan makan minum sepanjang atin duduk kat sana & terima kasih diatas segala kebaikan yang diberikan ;) Budi baik dibalas baik, orang yang baik mesti dapat balasan yang baik-baik. Wah wah sedapnye pantun atin buat kehkeh. byeee!
Thank you for reading this entry !
0 comments:
Post a Comment