Thursday, March 31, 2011

Travel Guide To Bandung : Shopping In Bandung


Assalamualaikum =)

Aku dah duduk Bandung selama 3 tahun. Pelbagai onak duri dan rintangan telah kulalui. Masa sebelum AirAsia buat flight 3x sehari, Bandung ni tak berapa nak famous pon. Sekarang ni, famous dia bukan main, kalah fanpage [I love Fatin Liyana's honeykoyuki.blogspot.com] haha! Ok tak tak gurau jer :p Sekarang ni MAS pon ada buat direct flight to Bandung. Tak lama lagi Bandung akan jadi pusat  perdagangan yang termasyhur di Asia Tenggara...Asia Pasific...Asia Bagus...Asia Cafe... Malaysia Truly Asia ......

Orang kalau datang Bandung ni biasanya nak shopping. I tell you what, kalau korang rasa Bandung ni murah, sebenarnya dulu lagi murah. Lately ni sebab diorang dah makin famous, maka diorang besar kepala naikkan harga. Dulu aku kalau shopping memang macam beruk dapat susu, eh beruk suka minum susu ke bukan air kelapa?  Ke dia amek buah kelapa tapi tak minum? Confused (-_-'). Tapi untuk korang yang datang sekali sekala dan datang bawak duit berjuta-juta, murahlah kot hihi

Here is the list of places that you should go shopping in Bandung :


1. Pasar Baru
Pasar Baru adalah heaven kepada semua perempuan tetapi TIDAK kepada lelaki. Why?? Sebab barang-barang yang dijual semuanya adalah barang perempuan! Lelaki boleh ikut takdehal, tapi make sure lelaki tu jenis yang penyabar, mendengar kata & hobinya ialah mengangkat barang-barang. Korang boleh jumpa telekung sulam, kebaya sulam, kain ela, kain lace, kain chiffon & segala jenis kain disini. Dan siryes aku cakap, semuanya sangat sangat sangat cantik & murah! Sebab dia local product maka harga yang dijual sangatlah murah sehingga korang akan ternganga seluas yang mungkin.

Ramai artis Malaysia datang sini untuk buat beli kain & buat baju. Ramai jugak bride-to-be yang datang untuk beli kain buat baju nikah. Sesetengah kedai kain kat Pasar Baru ni pon amek tempahan dan dorang gerenti boleh siap dalam masa 1-2 hari. Yang penting siapin uangnya donk. Pasar Baru ni 6 tingkat dan sangat sesak. Kalau boleh datanglah seawal jam 10 pagi sebab dia bukak pukul 10pagi dan tutup pukul 5petang. 

Dibahagian luar, ada banyak jual kerepek-kerepek tempatan. Kerepek kat sini dipanggil cemilan. Dan cemilan keluaran Bandung yang paling femes sekali adalah pisang keju. Sedap tau. Susah nak cari ni, biasa ada kat Bandung jer. So belilah sepeket dua dan bagi kat kawan-kawan kat opis tu.

Berdasarkan pengamatan aku, rata-rata perempuan akan pergi ke Pasar Baru selama 2 hari untuk cukupkan nafsu shopping mereka. Oh ya, berwaspada dengan beg tangan anda sebab kat sini banyak pick pocket. Kalau boleh jangan bukak purse depan orang ramai, gulung-gulungkan duit dan simpan dalam pocket. Dan jangan lupa, pakai slipar jepun je, kalau nak kaki ang meletop cuba la pakai heels.


Ini adalah Pasar Baru yang sentiasa sesak - Google Image




2. Factory Outlet (FO)
Factory outlet ini adalah outlet yang menjual baju-baju branded & tak branded. Diorang panggil 'sisa ekspor' kat sini. Kalau korang lucky, korang dapat la beli baju Armani dengan harga Kiki Lala. Sisa ekspor ni barang ori tapi kena reject before dieksport, so dorang tolak dekat FO dan jual dengan harga murah. Tapi berhati-hati jugak, kadang-kadang diorang campur-campur dengan yang tiruan punya.

Baju kat FO ni ada class la. Quality pon baik. Harga pon kadang-kadang 'baik'. Orang lelaki boleh la shopping kemeja, tshirt, jeans, kasut, dan pelbagai accessories unik-unik. Metrosexual suka kot? Untuk orang perempuan pulak, korang boleh shopping baby T, blouses dan macam-macam lagi. Antara brand yang common adalah Armani Exchange, Guess, Zara, Ed Hardy, CK & MNG. Hari tu aku pon nampak Rozita CheWan beli baby T hehe. Baju budak-budak yang branded pon banyak. Barulah setanding anak korang dengan anak David Beckham kan.

FO ni macam boutique sebuah-sebuah. Aku syorkan korang pegi FO dekat Jalan Dago Atas. Contohnya macam Grande, Blossom, Episode, Runaway, Gossip, The Uptown etc. Lagi satu FO dekat Jalan Riau, contohnya macam Sahara, Secret, Branded Club, Cascade, Heritage, Unusual etc. Selain itu, boleh juga singgah di Rumah Mode yang terletak di Jalan Setiabudi.


Ini adalah The Secret yang terletak di Jalan Riau. - Google image


Rumah Mode yang terletak di Jalan Setiabudi - Google image




3. KARTIKA SARI
Korang wajib beli Brownies kalau datang ke Bandung. Ini dah jadi macam kewajipan semua tourist. Ada beberapa brand macam Amanda dan Kartika Sari. Tapi aku lagi suka Kartika Sari. Korang boleh datang ke main branch Kartika Sari di Jalan Dago. Besaq gila bangunan tu padahal jual brownies ja. Dan bangunan tu sentiasa ramai orang. Anyway, ada brownies bakar ada brownies kukus. Flavour pon macam-macam. Aku suka yang brownies kukus! Bila aku nak balik mesia jer mesti ramai dok kirim beli brownies ni. Mintak bukan sikit, 4-5 jugak. Memang aku tak belilah kan. Leceh nak bawak sebab box dia panjang. 

Kartika Sari yang terletak di Jalan Dago.



4. Bandung Indah Plaza ( tepi-tepi jalan)
Blackberry dan Indonesia dah macam isi dan kuku. Semua nak pakai BB. Sampai ada BlackBerry Lounge untuk entertain customer diorang. Anyway, kalau korang berminat nak beli cover BB, boleh la pegi ke Bandung Indah Plaza (BIP). Tapi tak payah masuk dalam BIP tu, betul-betul tepi jalan je korang akan nampak orang jual cover HP macam kat Petaling Street tu. Ingat. Yang jual-jual cover ni hanya ada pada waktu maghrib sampai malam. Siang takde, mungkin siang-siang dia pergi jual bakso, malam baru jual cover BB kot haha! Aku pasti korang akan rambang mata nak pilih. Harga sebijik dalam rp30,000 -rp35,000. Selalunya dia akan bukak harga tinggi, tapi takpe korang tawar je mintak harga yang aku cakap tadi, malas aku nak type balik sebab banyak nau nombor.


Ini BIP. Tepi-tepi jalan itu anda akan jumpa cover BB yang sangat unik & menarik.



Aku rasa sampai sini dulu kot. Lama betul aku type entry ni, masalahnya apesal aku gigih sangat haha? Takpe yang penting kalau korang datang sini, korang ada lah sikit knowledge and guidance kan? Takdelah totally lost. Lagipun insyaallah kalau aku dapat bantu korang, aku pon dapat pahala hihi. Nanti aku sambung lagi pasal benda lain yang korang patut tau bila travel ke Bandung okay? Sekarang aku nak makan dah kebuloq dah ni. Chow!


Thank you for reading this entry !

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hijab Trade Fashion . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Hijab Trade Fashion | Hijab Fashion | Hijab Tutorial | Hijab Style Inspiration